Face Lift & Facial Bone Reshaping

facelift

Pengencangan Wajah & Leher

Face Lift

Facelift, atau rhytidectomy, adalah pembedahan untuk mengencangkan kulit wajah dan leher, mengetatkan muka dan memposisikan kulit muka dan leher. Melalui pembedahan ini, tanda-tanda penuaan boleh dikurangkan agar muka kelihatan lebih muda.

Insisi facelift bermula di bahagian depan telinga, lanjut kepada garis rambut, ke bawah telinga, dan seterusnya bersatu dengan garis rambut di bahagian belakang leher. Kemudian, kulit akan ditarik dan otot di bawah diketatkan. Lemak dan kulit berlebihan dibuang. Akhirnya, insisi ditutup dengan jahitan atau metal clip.

Selepas pembedahan, anda dinasihatkan supaya mengangkat kepala anda dan elakkan daripada pergerakan yang terlalu kuat untuk mengurangkan bengkak. Lebam dan bengkak akan surut dalam beberapa minggu. Insisi facelift disembunyikan di belakang telinga dan di dalam garis rambut. Sedikit parut mungkin kelihatan tetapi akan pudar dengan masa.

Bentuk Semula Tulang Wajah

Facial Bone Reshaping

Muka bentuk persegi memberikan imej yang tegas. Tulang pipi dan rahang yang menonjol membuatkan anda kelihatan bersifat maskulin dan kasar. Facial bone reshaping boleh dilakukan untuk membentuk semula tulang, mengecilkan muka dan memberikan imej yang lembut.

Dengan EZ Contour, teknik pembedahan plastik invasif minimum yang berasal dari Korea, kami dapat membentuk semula tulang pipi, dagu dan rahang dengan incisi yang lebih kecil daripada 5mm. Insisi yang kecil mengurangkan perdarahan dan juga risiko kecederaan saraf.

Tempoh pemulihan selepas pembedahan ini adalah lebih cepat berbanding dengan pembedahan facial bone reshaping tradisional.

Bagi pembentukan semula tulang pipi, insisi dibuat dalam mulut. Oleh itu, ia tidak meninggalkan parut di luar muka.

faceshaping

KOMail Online

Tips kecantikan dari KO Skin Specialist, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami