Hidung & Dagu

Nose & Chin

Bentuk Semula Hidung

Rhinoplasty

Hidung berada di tengah-tengah muka. Sebab itulah orang Asia memiliki sejarah yang panjang bagi pemnbedahan hidung demi menyingkirkan jambatan hidung yang rata, ujung hidung yang bulat dan lubang hidung yang luas.

Rhinoplasty, biasanya dikenali sebagai pembedahan hidung, adalah pembedahan untuk membentuk semula hidung seseorang – sama ada untuk memperbaiki proporsi hidung dan meningkatkan keharmonian wajah atau membetulkan pernafasan yang terganggu. Kebanyakan orang Asia mengidamkan hidung yang mancung dan kurus, mempunyai ujung hujung yang tajam dan lubang hidung yang kecil. Melalui rhinoplasty, pakar bedah kami boleh mengubah saiz, lebar, profil, ujung dan lubang hidung; membetulkan ketidakseimbangan atau kesengetan.

Ini adalah prosedur yang individual, jadi adalah penting untuk memberitahu permintaan anda dengan jelas dan untuk mempunyai jangkaan yang realistik bagi hasilnya. Kami sedia bekerjasama dan menganalisis ciri-ciri wajah anda untuk membuat evaluasi yang sesuai.

Capai Keseimbangan

Genioplasty

Dagu yang mundur mungkin disebabkan oleh kekurangan congenital, masalah tulang yang berkaitan dengan proses penuaan, ataupun trauma wajah. Ia membuat hidung kelihatan lebih besar dan leher berlipat.

Genioplasty, atau operasi dagu memberikan kesimbangan kepada ciri-ciri wajah menggunakan implan untuk menguatkan penampilan dagu.

Implan ini boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz dan bentuk agar ia dapat memenuhi keperluan pesakit dengan teliti.

Pembedahan ini boleh membawa keharmonian kepada ciri-ciri wajah, termasuk mata dan hidung anda.

Sila membuat janji temu dengan pakar kami untuk menentukan rawatan yang sesuai dengan anda.

KOMail Online

Tips kecantikan dari KO Skin Specialist, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami