Pembedahan Kemaluan Wanita

Ketatkan Dinding Vagina

Vaginoplasty

Vaginoplasty merujuk kepada pembaikan dinding vagina selepas spontaneous vaginal delivery (SVD) atau proses penuaan.

Dalam kes SVD, wanita mengandung tersebut bersalin tanpa campur tangan perubatan pembedahan caesarean. Pmulihan dan penyembuhan luka selepas SVD adalah sangat penting. Jika tidak berhati-hati, dinding vagina akan menjadi regang atau muncul jaringan parut abnormal.

Proses penuaan boleh menyebabkan dinding vagina menjadi regang dan kurang anjal juga. Kelonggaran vagina mungkin mengganggu hubungan seksual.

Biasanya, aduan pesakit ialah kurangnya “rasa” penetrasi semasa menjalankan hubungan seksual. Kenikmatan seksual atau orgasme adalah pengalaman yang sangat kompleks, peribadi, emosional dan spiritual.

Pembedahan ini tidak pernah mendakwa mampu meningkatkan kenikmatan seksual tetapi terdapat pesakit yang menyatakan bahwa keadaan ini bertambah baik selepas vaginoplasty.

Women Surgery

Membentuk Kembali
Bibir Vagina

Labiaplasty

Prosedur ini melibatkan pembedahan plastik di bibir vagina sahaja atau dijalankan dengan vaginoplasty. Pembedahan labiaplasty boleh dilakukan pada labia majora (bibir luar) atau labia minora (bibir dalam).

Pembedahan itu mengubah saiz atau bentuk labia, biasanya, ia digunakan untuk mengecilkan labia atau membetulkan struktur asimetrinya.

Kurangkan Saiz
Hud Klitoris

Pembedahan Klitoris

“The pearl surgery”. Rangsangan klitoris adalah merupakan bahagian penting dalam aktiviti seksual. Sesetengah orang mempunyai hud klitoris yang tebal dan menjejaskan pengalaman seksual. Ada yang mengadu kekeringan kerana kurang rangsangan dalam hubungan seksual.

Pembedahan ini akan mendedahkan klitoris seperti pembukaan tiram untuk mendedahkan mutiara, maka nama “The pearl surgery”.

Women Surgery

Pemindahan Lemak ke Mons Pubis & Labia Luar

Dalam proses penuaan, wanita kehilangan tisu lemak bukan sahaja dari muka dan payudara tetapi bahagian sulit wanita juga.

Pesakit meminta pakar bedah untuk mengembalikan kemontokan dan kemudaan mons pubis dan labia luar bukan kerana keperluan klinikal tetapi untuk tujuan estetik.

Prosedur yang sesuai dan selamat untuk mencapai matlamat ini adalah pemindahan lemak. Lemak yang diekstrak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti bahagian bawah abdomen, pinggul atau punggung boleh digunakan untuk mengisi mons pubis dan labia luar untuk mengembalikan penampilan yang muda dan lembut.

KOMail Online

Tips kecantikan dari KO Skin Specialist, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami