Rawatan Rambut Gugur

Punca & Penyelesaian

Rambut yang tebal dan berkilau adalah lambang kesihatan dan daya tarikan. Ia merupakan sumber keyakinan bagi lelaki ataupun wanita. Oleh itu, adalah difahami kenapa fenomena rambut gugur amat merimiskan. Rambut yang semakin tipis dan berserabut memberikan impak besar kepada maruah dan keyakinan diri kita.

hairloss

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan keguguran rambut, termasuk: keturunan, penuaan, hormon yang tidak seimbang, pengurangan berat badan yang drastik, tekanan, lupus dan kekurangan nutrisi.

Selain daripada ubat oral dan krim topical, kami mempunyai rawatan berikut:

  • Follicular Unit Extraction (FUE)
  • Hair Loss Mesotherapy
  • Low-Level Laser Therapy

Kembalikan Kecantikan Mahkota Anda

Pemindahan rambut adalah satu-satunya kaedah penumbuhan rambut permanen di mana folikel rambut diambil dari bahagian kulit belakang dan sisi kepala dan ditanam pada kawasan yang botak.

Pada masa ini, terdapat 2 cara untuk mengambil folikel rambut: Strip harvesting dan Follicular Unit Extraction (FUE).

Dalam strip harvesting, donor strip rambut (sedikit kulit) dari bahagian belakang kepala akan diambil dengan pisau bedah. Bahagian belakang kepala akan dijahit semula. Donor strip rambut tadi akan diproses sebelum ditanam di tempat rambut gugur.

Follicular Unit Extraction (FUE) merupakan teknik saintifik yang paling canggih untuk pemindahan rambut. Ia tidak memerlukan pisau bedah ataupun jahitan. Folikel rambut diambil dari bahagian kulit kepala dan ditanam pada tempat rambut gugur.

Selain daripada rambut gugur, teknik FUE juga boleh digunakan untuk merawat tempat lain seperti bulu kening dan mata yang tipis, sideburn dan janggut.

KO Hair Restoration Clinic terdiri daripada pasukan yang terlatih di peringkat antarabangsa dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalambidang perubatan estetik. Sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan sama ada anda layak manjalani pemindahan rambut.

Merangsang Pertumbuhan Rambut Anda

Hair Loss Mesotherapy adalah teknik suntikan yang mengandungifaktor pertumbuhan, vitamin danprotein pada lapisan kulit rambut yang dipanggil mesoderm dengan tujuan melancarkan pengedaran darah, meningkatkan metabolism sel serta mempercepatkan proses pemulihan folikel rambut.

Mesoterapi merupakan salah satu solusi yang paling aman, nyaman dan sudah terbukti efektif untuk mengatasi masalah keguguran rambut, malah kes androgenetic alopecia.

Hasil berbeza di antara individu mengikuti punca dan keparahan rambut gugur. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, kami boleh administrasi suplemen dan ubat topika yang sesuai.

Kembalikan Rambut Anda

Low-Level Laser Therapy (or Cold Laser Therapy) adalah salah satu rawatan tanpa pembedahan yang berkesan untuk keguguran rambut. Low-Level Laser Therapy merangsang pengedaran darah, mengaktifkan folikel dan pertumbuhan rambut.

Ia amat berkesan terhadap individu yang mempunyai keguguran rambut minimum atau sederhana. Tiada komponen haba yang akan menyebabkan luka atau mencederakan tisu dalaman. Ia menggalakkan aliran darah dan metabolisme sel serta pembaikan sel lama.

Dengan Low-Level Laser Therapy, warna rambut baru yang tumbuh adalah sama dengan warna rambut asal, meskipun rambut anda sudah mula berubah menjadi warna kelabu sebelum rawatan. Hasil berbeza di antara individu mengikuti punca dan keparahan rambut gugur. Sila rujuk kepada doktor kami untuk penerangan lanjut.

KOMail Online

Tips kecantikan dari KO Skin Specialist, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami